20080726

Konspirasi





Benci yang kau semai

Seakan luka terlerai
Bawakan nanah hitam yang tak akan berdamai
Oh..oh.oh
Bila kah ia henti
Tak tahan lagi berdiri
Menanggung Caci

Konspirasi ini
Dijadikan institusi
Semat ke dalam jiwa
Dijulang tinggi
Oh
Ini modenisasi
Nilai pekerti diri
Merundum sepi

Puisi desakan hati
Mohon lagi dierti
Tiada lagi indah
Tersusun rapi
Oh
Henti menuding jari
Henti hasutan hati
Tertusuk duri

Oh... kenapa kita tetap berpecah lagi
Buanglah semua perasaan benci
Jangan engkau ikut desakan hati
Oh... Kian kelak kita yang akan rugi


song by:Plague Of Happines

20080719

Past is past

"…….tanpa sejarah, hidup kita tak bermakna apa-apa. Sejarah yang membantu kita, mengarah kemana haluan kita..dan sejarah akan mengulang kita berkali-kali..
Kita sering terlupa.. Sejarah yang paling penting, adalah apa yang telah kita lakukan hari ini……”

Bila sesuatu perkara telah berlaku..sesuatu yang bukan seperti yang kita harapkan.. kita selalu berkata..”kalaulah….”

Kalau aku diberi peluang untuk mengulang sejarah lama atau kembali ke masa yang lalu.. Aku akan memilih untuk tidak memilih mana2 episod yang pernah aku lalui. Sebab apa yang pernah aku lalui, akan berulang kembali. Cuma aku tak tahu bila, dimana dan bagaimana.

Aku selalu diberi peluang untuk menebus kembali kesalahan masa lalu. Dan peluang tu datang dalam bentuk yang berbeza. Sama ada sedar atau tidak, mahu atau tidak...

tangan..